Sunday, September 28, 2008

Iktiqaf

Imam Syafi’e Dengan Pendebat

Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?”

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian Imam Shafie mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya kepada lelaki itu. Lalu, ternampak tanda-tanda kesakitan dan marah pada air muka lelaki itu.

Apabila melihat keadaan sedemikian, Imam Syafie bertanya kepada lelaki itu, “Adakah kamu sakit?” Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”

Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie; Begitulah jua keadaan Iblis : dia diciptakan Allah daripada api dan dia juga akan diseksa dengan api.

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

1. Semasa Lailatul-Qadar
2. Ketika hujan turun
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan
5. Di tengah malam
6. Di antara azan dan iqamah
7. Ketika sujud dalam solat
8. Ketika iktidal akhir dalam solat
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur)
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat
12.Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah..

Bagaimana Mayat Yahudi DiKebumikan

Bagaimana Mayat Yahudi Dikebumikan Kebanyakan orang Yahudi tidak menyimpan mayatnya berhari-hari seperti mayat-mayat agama Kristian, Buddhist, Hindu, dan lain penganut agama kafir. Ada yang menyimpan mayatnya hanya sehari dan ada juga yang menyimpan mayatnya sampai tiga hari. Kematian seorang Yahudi merupakan "family affair" saja dan amat jarang diumumkan di suratkhabar untuk pengetahuan sahabat-handai atau masyarakat sekelilingnya (kecuali kalau si mati itu adalah seorang pembesar synagogue atau pembesar negara). Begitu juga pengebumian mayat itu merupakan "family affair" yang sangat private. Bila mayat akan kebumikan, disiapkan sebuah almari cermin yang berdiri, tidak sebuah peti mayat (coffin) seperti agama-agama lain. Mayat ini dibersihkan dan diberi pakaian yang bagus dan didandankan: rambutnya disikat rapi dan dibedakkan supaya berbau wangi. Mayat di-injek dengan obat yang mengeraskan tubuhnya. Selepas itu mayat itu di-berdiri-kan di dalam almari cermin itu dan diikat di beberapa bahagian tubuhnya supaya tubuh mayat dapat berdiri tegak dalam lemari cermin itu. Jadi, mayat Yahudi tidak dibaringkan dalam "coffin" seperti mayat-mayat agama lain. Di tanah perkuburan Yahudi sudah digali sebuah lubang empat persegi dengan lebar kira-kira dua kaki setengah (two and half feet square) dan dalamnya kira-kira enam kaki. (Tidak seperti kubur Islam yang biasanya (rectangle) panjangnya 6 kaki, lebarnya sekitar 3 kaki dan dalamnya kira-kira enam kaki). Ini kerana cermin almari yang digunakan sebagai "peti mayat" itu akan ditanam berdiri tegak. Waktu meng-kuburkan mayat biasanya pada waktu senja (kalau kita..kira2 waktu maghrib) apabila matahari hampir akan terbenam? tidak begitu terang dan tidak pula terlalu gelap. Mayat dibawa ke tanah perkuburan dengan "special trailer" yang dapat mengangkut almari mayat itu dengan keadaan "berdiri" (maksudnya tidak perlu "dibaringkan" walaupun dalam kereta mayat. Apabila almari mayat tiba di tanah perkuburan, almari itu dipindah ke sebuah troli (beroda dua) dengan keadaan almari itu berdiri. (Troli ini sama seperti kita kadang-kadang melihat pekerja-pekerja Pepsi atau Coca-cola menolak troli minuman dari lori masuk ke kedai). Apabila tiba di lubang kubur, lemari cermin itu dimasukkan ke dalam lobang "vertical" itu dengan menggunakan tali. Tugas yang memasukkan mayat ke dalam lobang adalah anggota keluarga saja.

Setelah lemari cermin itu dapat berdiri tegak dalam lubang, maka disendalkan tanah-tanah agar almari itu tidak memiring ke mana-mana apabila lobang itu ditimbus dengan tanah. Kerja-kerja mengebumikan mayat ini semuanya dilakukan dalam keadaan cahaya samar-samar, tidak terang dan tidak begitu gelap. Biasanya tidak sampai satu jam, bereslah urusan pengebumian ini. Hanya mereka yang ada pertalian kekeluargaan sahaja dibenarkan menghantar mayat ke kuburan. Mereka yang tidak ada hubungan darah dengan si mati tidak digalakkan ikut bersama. Ini agar sikap "family affair" dalam urusan mayat dapat terpelihara.

Jadi, dalam upacara mengebumikan mayat Yahudi, tidak banyak yang ikut ke kubur. Biasanya tidak lebih dari 10 orang, dan tidak ada rabbi (bunyinya "rabai" paderi Yahudi) yang mengantarinya ke kubur. Maka tidak adalah doa mantera yang dibacakan Setelah selesai pengkebumian mayat, anggota keluarga pulang kerumah. Mereka duduk di kerusi dalam bentuk "circle" dan bertafakkur mengingatkan mayat yang di dalam kubur dan nasibnya di dalam kubur. Biasanya tafakkur ini berlaku sepanjang malam dari saat mayat dikebumikan sampailah hari esoknya. Mereka yang bertafakkur tidak tidur sepanjang malam. Mereka semua duduk diam membisu tanpa ada pembacaan mantera. Impression: Sangkaan saya (repeat hanya "sangkaan"), kaum Yahudi sangat takut diketahui orang apabila seorang daripadanya mati kerana masyarakat Yahudi menjadi kurang seorang akibat kematian itu.

Kenapa mayat Yahudi ditanam berdiri mungkin melambangkan "enggan tunduk" kepada Tuhan Allah walaupun sudah habis hayatnya di dunia. Apakah ini satu "kesombongan melulu" terpulanglah kepada yang ingin men-interpretasikan. Wallahu a'lam.

Adab Memotong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:Barang siapa yang memotong kukunya pada ;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.(mempusakai penyakit akilah disebabkan banyak makan)

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. (hilang barkah)

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. (mempusakai alim fadhil orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. (Mempusakai kebinasaan)

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. (mempusakai jahat perangai )

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. (mempusakai kaya)

Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. ( mempusakai ilmu dan lemah lembut)

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Monday, September 22, 2008

Andai Ku Tahu

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah

Sajak Renungan Bersama ( radio IKIM.fm)

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid, Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal, Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah, Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah, Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta,
tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.